PENGERTIAN AJARAN SESAT
• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai
ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan
Al-Sunnah.
SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti
untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam
dengan memesongkan akidah orang Islam.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh,
mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan
hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan
memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti
mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau
mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat
maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan
sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti
menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat
puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa
penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang
bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati
termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti
menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau
jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu
hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti
golongan anti hadis.
KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT
1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang
mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka
wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang
tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan
amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering
dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan
mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat
membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu,
atau bapa.
2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh
berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan
perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat
terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati
masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam
masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin
ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.
3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat
menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan
menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan
produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan
mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan
politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa
dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.
CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT
Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia
pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di
Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq
bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi,
nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza
Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta
jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat
52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat
menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan
di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.
Bahai
1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang
meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar
sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang
diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850
Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953
melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah
S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan
digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan
memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi
oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan
neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari,
solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air
mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali;
menghapuskan jihad.
Taslim
1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih
dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung
Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di
Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah
Ismailiah Batiniah.
Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan
diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli
(perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang
maksum.
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar
melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa
didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak,
elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat
membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan
ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia
terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah
Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.
No comments:
Post a Comment