Thursday 17 May 2012

PANDUAN MENUTUP AURAT DALAM ISLAM



Islam menggariskan aurat wanita melibatkan seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangan. Namun, ramai kalangan wanita Muslim gagal menutup aurat dengan sempurna sebagaimana dituntut syariat.

Walaupun menutup kepala dengan pelbagai fesyen tudung, tetapi pada masa sama mereka menonjolkan potongan tubuh badan kepada awam.

Entah di mana silapnya, wanita sekarang seolah-olah keliru dan dalam dilema antara tuntutan hukum dengan realiti dalam masyarakat.

Kemunculan pelbagai fesyen dewasa ini membuktikan mereka bijak berfesyen, namun pada masa sama mengetepikan soal aurat yang tidak seharusnya didedahkan atau dibuka di hadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya.

Sebagai Muslimah, tidak salah untuk berfesyen, tetapi biarlah fesyen sama ada pakaian mahupun tudung yang diperagakan itu tidak keterlaluan dan boleh menimbulkan fitnah.

Sebenarnya, kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT, bukannya merasakan kaum lelaki tertawan disebabkan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan dalam dirinya.

Islam sebenarnya tidak menetapkan pakaian khusus untuk wanita Islam. Asalkan pakaian yang digayakan itu longgar, tidak jarang, tidak terlalu menarik perhatian (glamour), tidak menyerupai jantina lain dan tidak menyerupai simbolik agama lain, boleh dipakai oleh wanita itu.

Bagaimanapun tidak semua Muslimah berpakaian mendedahkan aurat. Mungkin golongan terbabit tidak memahami tuntutan agama dan hanya tahu pakaian yang digayakan itu satu fesyen sahaja tanpa mengambil kira kehendak Islam itu sendiri.

Jika mereka memahami bahawa hukum menutup aurat adalah wajib, maka tidak timbul situasi wanita berpakaian seksi, sebaliknya Malaysia mampu melahirkan lebih ramai Muslimah sejati serta dapat menjadi hamba terbaik di sisi Allah.

Bukan tidak ada yang mereka cipta pakaian begitu, ada, cuma tidak sekencang pereka fesyen yang menampilkan rekaan untuk peragaan pentas atau majlis-majlis gah seperti digayakan artis, model, orang kenamaan dan golongan berwang.

Mungkin kerana terlalu mengejar keuntungan, nama dan mahukan perhatian segera menyebabkan individu berbakat dalam bidang rekaan fesyen memilih untuk bergelar pereka fesyen moden dan kontemporari.

Tambahan pula, ada kalangan mereka beranggapan sumber pendapatan (rezeki) tidak sehebat berbanding mencipta gaya fesyen terkini. Pengakhirannya, rekaan moden dan stylo menjadi pilihan.

Dalam Islam, apa yang berlaku kehendak Allah. Begitu juga dengan rezeki. Sama ada sedikit atau banyak, bersyukurlah kerana sesungguhnya rezeki itu adalah daripada Allah. Allah yang maha mengetahui segala-galanya mengapa diberinya kadar rezeki kita berbeza-beza setiap hari.

Begitu juga dengan pereka pakaian Muslimah, mereka tidak perlu gusar jika pendapatan tidak seperti yang dimahukan dan bimbang jika gagal bersaing dengan pereka fesyen lain. Itu adalah ujian daripada Allah. Sebagai umat-Nya, mereka perlu ingat, jika menerima rezeki, bersyukurlah dengan memperbanyakkan ibadat, moga Allah akan tambah rezekinya lagi.

Surah 29 Al-Ankabut ayat 62 “Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambanya dan Dia yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.”

Sementara itu, aurat lelaki adalah di antara pusat hingga ke lutut. Aurat lelaki lebih longgar daripada aurat wanita. Namun, lelaki tidak boleh meremeh-remehkan tuntutan menutup aurat. Lelaki yang tidak memakai baju perlu menjaga agar tidak menampakkan aurat mereka.

Hikmah di sebalik menutup aurat ialah dapat mengelakkan kejahatan, maksiat dan menjaga maruah serta harga diri. Oleh itu, cara berpakaian lelaki juga mesti memenuhi tujuan tersebut.

Mempamerkan tubuh bukan merupakan satu kesalahan pada asalnya kerana bukan merupakan aurat. Walau bagaimanapun dikhuatiri boleh menjurus kepada perkara kejahatan sekiranya mempamerkan tubuh dengan aksi dan gaya yang tidak sepatutnya untuk tatapan umum tanpa rasa malu apatah lagi sehingga menyalahi hikmah menutup aurat.

Hidup Sebagai Seorang Pengembara


عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: كن في الدّنيا كأنّك غريب أو عابر سبيل

Ertinya: Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Menurut Syarah Sunan Ibn Majah,

Memutuskan pergantungan diri terhadap dunia melainkan pada perkara yang diperlukan untuk tujuan bermusafir dan tiba ke destinasi yang dituju. Destinasi bagi kehidupan ini ialah kubur. Sesungguhnya mati sekalipun masih jauh sebenarnya ia adalah dekat.

Hidup di dunia bukannya lama tetapi hanya sementara. Kita umpama pengembara di dalam hadis di atas, maka bawalah watak kita di dunia ini sebagai pengembara yang mencari kebaikan yang terdapat di dunia untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat. Tetapi bukannya dicari keburukannya untuk dihadap kepada diri dan masyarakat. Sedarlah akan singkatnya waktu yang kita miliki. Maka, wajarlah bermuhasabah diri kita ini sebagai seorang pengembara!

Oleh demikian, harus bagi kita berada di dunia ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dan beribadah kepadaNya agar amalan diterima. Tetapi haruslah amalan-amalan yang dilakukan itu tsabit daripada Nabi s.a.w. dan bukannya yang direka atau ditokok tambah. Kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Aisyah r.ha:

عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من احدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Ertinya: Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia adalah ditolak."

Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Maka, dengan itu marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti ibadah kita dari segi doa dan zikir kerana inilah kekuatan senjata orang mukmin. Marilah juga mengamalkan perkara-perkara sunnah yang dianjurkan oleh Rasullah s.a.w. yang terkandung banyaknya di dalam hadis-hadis sahih.

TANGGUNGJAWAB LAKSANA AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


Pendakwah atau petugas mesti berusaha terapkan pembawaan sederhana, bersikap mencegah MAKSUD amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan, manakala nahi mungkar pula mencegah manusia daripada melakukan perkara tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah, amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan merujuk kepada mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. 
Dalam karya fiqh klasik, istilah amar makruf nahi mungkar, jihad dan dakwah sering kali digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama. Dalam al-Quran, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali.
Semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan itu.

Firman Allah yang bermaksud:

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."

(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Amar Makruf

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara tidak baik kepada yang lebih baik dan mencegah sesuatu kemungkaran daripada berlaku. Hadis itu juga menunjukkan setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat. Pertama, ialah dengan tindakan; kedua dengan perkataan; ketiga dengan hati. Berdasarkan hujah itu, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan melakukan amalan baik, manakala nahi mungkar ajakan menjauhi perbuatan tidak baik.

Dakwah

Realiti masyarakat Islam sekarang, ada pelbagai sebab kenapa dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu Muslim. Antaranya, memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan aspek pemikiran barat dan cara menanganinya dan pendidikan pentingnya peranan ilmu dan perpaduan di kalangan umat Islam.

Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat maka pemahaman berkaitan masyarakat yang ingin diajak adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan beberapa pendapat ulama, golongan manusia berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, ada beberapa syarat tambahan iaitu seorang yang mukalaf, mempunyai akhlak baik supaya tugas dakwah dilaksanakan memberi impak positif.

Antaranya, mestilah mempunyai kemampuan dan pengetahuan (untuk membezakan antara perkara baik dan salah) dan wujud kerjasama antara masyarakat dengan pihak berkuasa.

Prinsip

Secara prinsipnya. manusia ialah sumber pembangunan ekonomi negara, sosial, budaya dan akhlak. Manusia bukan saja memiliki sumber pengetahuan, saintifik, teknologi, teknikal dan vokasional tetapi lebih mustahak lagi ialah agama dan moral.

Masalah yang sering dihadapi umat Islam dalam menjalankan amar makruf dan nahi mungkar ialah masalah manusia. Masalah manusia tidak bermaksud masalah tidak cekap ketika menjalankan kewajipan saja, tetapi masalah kefahaman, konsisten dan komitmen.

Manusia yang mempunyai kelayakan akademik dan kemahiran profesional boleh menjadi tidak cekap dan telus menjalankan amar makruf dan nahi mungkar jika tidak mempunyai kebijaksanaan serta komitmen tinggi. Perkara mungkar boleh jadi tidak dapat dicegah jika manusia yang bertugas menghalangnya tidak benar bertanggungjawab, tidak diberi kepercayaan dan tidak bijaksana. Banyak pihak sudah mengetahui bagaimana sesebuah badan dakwah mengalami krisis keyakinan dan kepercayaan disebabkan orang yang terbabit dalam tugas amar makruf dan nahi mungkar itu tidak berilmu dan berkelayakan.

Mereka boleh jadi mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman dalam hal ehwal agama Islam, tetapi tidak mempunyai ciri pendakwah atau pelaksana amar makruf dan nahi mungkar yang baik. Mereka mempunyai masalah kekurangan persiapan diri dengan kemahiran asas dalam teknik komunikasi, kurang pengetahuan latar belakang sasaran, tidak menggunakan kaedah dakwah yang jelas dan kurang berjaya menjadi golongan contoh.

Jati Diri

Amar makruf dan nahi mungkar bertujuan membetulkan jati diri manusia. Ancaman agama, budaya dan kepercayaan tidak akan berjaya memusnahkan identiti orang Islam jika mereka mampu menentangnya dengan kepercayaan dalaman yang kuat berprinsipkan nilai Islam.  Ada kalanya usaha manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar menciptakan peraturan tambahan yang tidak wajib, malah menyusahkan pula. Selain itu, hal yang perlu diberi perhatian ialah proses amar makruf dan nahi mungkar mesti berjalan seiringan.

Tidak boleh manusia berusaha menghukum atau mendisiplinkan masyarakat dan pada masa sama membiarkan budaya dan perlakuan tidak bermoral disebarkan melalui media massa. Masalah sosial dan akhlak ini tidak akan jika asyik melancarkan gerakan kilat dan mengejut untuk mencegah gejalanya, tetapi tidak membetulkan sistem yang melahirkan punca timbulnya pelbagai masalah sosial.

Modal yang perlu ada pada setiap pendakwah ialah modal agama, pendidikan yang betul dan kebijaksanaan selain mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengetahui tabiat manusia, masyarakat dan alam sekitar serta mempunyai kesungguhan meneroka disiplin ilmu sesuai aktiviti dakwahnya. Pendakwah atau petugas amar makruf dan nahi munkar mesti berusaha menerapkan pembawaan sederhana, bersikap mencegah bukannya menghukum dan berupaya bercakap dalam bahasa moden sesuai dengan sasaran.

Tuesday 15 May 2012

Ajaran sesat


PENGERTIAN AJARAN SESAT
• Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT
• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.


2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.


CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.


Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.


Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.


LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

KESAN MAKANAN HARAM KEPADA SYAKHSIAH MUSLIM

  1. Mewarisi sifat kebinatangan seperti binatang-binatang yang Allah haramkan. manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti  khinzir pada kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.
  2. Allah tidak menerima doa mereka yang makan makanan haram. Maka segala amalan kebajikan seperti sedekah, haji, solat Dhuha, solat sunat, taubat, tangisan yang benar-benar taubat tetapi segala-gala Allah gantungkan pahalanya dan menolak segala doanya yang benar-benar menyesal.Namun Allah tidak memandang wajahNya kepada orang yang makan makanan Haram.. segal-galanya tidak ada nilai di sisi Allah selagi apa yang menjadi hidangan dan pakaiannya bersumberkan perkara haram.
  3. Kehidupan tidak tenang dan tenteram. Baginda Rasulullah telah bersabda: Ada seorang  lelaki datang dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus, penuh dengan debu lalu dia mengangkat tangannya ke langit sambil berdoa ” Wahai Tuhanku” padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makanan yang haram pula. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan/ ” ( HR Muslim & Tarmizi ).
  4. Hati payah menerima kebenaran. Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada pada pihak yang salah.
  5. Hilang rasa sensitif terhadap perkara yang baik. tidak bersemangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikkab dan kebajikan. Hilang rasa cemburu terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anak-anaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.Tetapin tidak timbul perasaan untuk melarang atau marah terhadap isteri dan anak-anaknya.
  6. Bersemangat melakukan maksiat. Apabila terdengar program-program maksiat maka jiwanya akan segar bugar untuk menyertainya, walaupun terpaksa menghabiskan wang dan ringgit. tetapi apabial mendengar program-program akhirat. Maka seribu alasan akan dibentangkan untuk mengelak dirinya menyumbangkan tenaga pada program tersebut.
  7. Kepintaran dan Kelebihan digunakan untuk melakukan kejahatan. Pemberian Allah seperti emas dan perak atau minyak yang melimpah pada sesebuah negara Islam hanyalah digunakan untuk melakukan maksiat tetapi jika untuk kebaikkan Allah dan Rasulnya tidak mendapat peruntukan sewajarnya.
  8. Mewariskan penyakit. Ternyata di saat sekarang ini..telah lahir akibat manusia memakan khinzir walupun secara santifik tetapi kesannya boleh dirasakan seperti SAR , JE dan H1N1 serta sebagainya. Manusia tidak makan makanan haram tersebuk secara lahiriah tetapi dimasukkan perisa khinzir pada makanan dan perubatan sejumlah kecil sahaja sehingga tidak dirasakan kewujudan khinzir pada makan dan minuman tersebut tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui tetap mendatangkan penyakit tersebut kepada pemakan atau pengguna yang telah menggunakannya.

GOLONGAN MANUSIA YANG DIMUSUHI SYAITAN


      Wahad bin Munabbih meriwayatkan ketika nabi berdialog dengan iblis atas perintah Allah, Iblis menyatakan musuh-musuhnya di kalangan umat Nabi Muhammad terdiri dari 15 golongan:
      1. Engkau sendiri (yakni Nabi Muhammad)
      2. Raja-raja yang adil.
      3. Orang kaya yang merendah diri.
      4. Saudagar yang jujur.
      5. Ulamak yang khushuk.
      6. Orang Islam yang suka menasihati orang.
      7. Orang beriman yang pemurah.
      8. Orang yang bersungguh-sungguh hatinya ketika meminta ampun.
      9. Orang selalu menghindar dirinya dari sesuatu yang haram.
      10. Orang yang selalu dalam keadaan berwuduk.
      11. Orang yang selalu bersedekah.
      12. Orang yang selalu berbuat baik kepada orang lain.
      13. Orang yang tidak pernah menolak membantu orang yang membaca Al Quran.
      14. Orang yang selalu membaca Al Quran.
      15. Orang beriman yang mengerjakan solat tahajjud ketika orang lain nyenyak tidur.

MANUSIA-MANUSIA YANG DIMURKAI ALLAH

Manusia yang dikasihi Allah adalah orang yang meninggalkan sifat dan perbuatan yang dibenci oleh Allah dan selalu mengamalkan perbuatan dan sifat yang dikasihi Allah. Dari Al-Quran dan hadis dapatlah dipetik beberapa golongan manusia yang dimurkai oleh Allah:

      1. Sabda Rasulullah SAW: Tiga golongan manusia yang sangat dimurkai Allah iaitu yang cenderung kepada perkara yang haram, orang yang mengikut perbuatan jahilliyah dan orang membunuh orang lain tanpa hak. Riwayat Bukhari dan Muslim. Perkara yang haram disini meliputi semua hal yang diharamkan dalam Islam.

      2. Sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya paling ku benci di kalangan kamu kepadaku dan dijauhkan tempat dudukku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap tanpa teliti… iaitu orang yang takbur. Riwayat Tarmizi. Contoh perbuatan takabbur ialah:

      *Orang yang melihat akan kebenaran tetapi tidak mahu mengikut disebabkan ia takabbur.
      *Orang yang diterangkan hujah yang benar tetapi ia tidak mahu menerima maka ia jadi takabbur.
      *Orang yang menghina orang lain adalah takabbur.

      1. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim." Al Imran ayat 58 Sifat zalim yang dilakukan oleh seseorang tanpa sedar dalam tiga bentuk iaitu:

      3. Zalim pada Allah seperti syirik, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya, melanggar batas ketentuan Allah, mengadakan kepalsuan kepada agama Allah dan sebagainya.

      4. Zalim pada diri sendiri seperti mengikut hawa nafsu, menolak kebenaran dan peringatan, engkar pada perintah Allah dan perbuatan-perbuatan yang akan menjerumuskan dirinya ke neraka.

      5. Zalim kepada orang lain seperti mengumpat dan merendahkan orang Islam, buruk sangka dan membuat fitnah dan semua perbuatan yang menyebabkan orang lain menerima kesusahan.

      6. Firman Allah: "Taatilah Allah jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir." Al Imran ayat 32 Mentaati Allah adalah bermaksud menunaikan segala apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Orang yang engkar menunaikan perintah Allah sesungguhnya telah berpaling menentang Allah manakala orang yang melakukan apa yang dilarang oleh Allah telah derhaka terhadapnya.

      7. Firman Allah: "Dan pergilah di jalan Allah orang memerangi kamu tetapi janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Al Baqarah ayat 190 Melampaui batas di sini selain bermaksud kita mestilah mempunyai had dan ketentuan dalam memerangi orang kafir Muahad, juga bermaksud janganlah kita melakukan hal-hal lain yang seumpamanya seperti memohon dipermudahkan untuk melakukan hal yang haram seperti tikam ekor, menang judi dan sebagainya.

      8. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." Al 'Araf ayat 31
      Perkara yang membazir atau berlebih-lebihan ialah:

      Berlebih-lebihan dalam membeli.
      Membeli benda yang haram.
      Membelanjakan harta di jalan yang haram.
      Berbelanjakan kawan pada jalan yang merosak atau melalaikan atau menjadi kejahatan.
      Berlebih-lebih dalam hal berpakaian.

      3. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." Luqman ayat 18 4. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berkhianat." Al Anfaal 58 Dua jenis khianat yang nyata ialah: v Mengkhianati apa yang diamanahkan orang kepadanya. v Mengkhianati amanah Allah kepada kita seperti Allah menyuruh membelanjakan harta yang dikurniakan kepada kita di jalanNya tetapi kita tidak melakukannya.